Hari ini hari kedua Puda dan Jester berada di Singapura dalam misi Jalan-Jalan Cari Makan. Setelah bersenam di sebelah pagi, kami memulakan aktiviti makan hari ini dengan makan tengah hari di Restoran Thai Na Na di Far East Plaza, Scott Road dengan menu masakan Thailand.Udang dalam sos susu pandan
daging kari hijau
Sebelah petang, kami minum petang di Takashimaya dengan menikmati Beard Papa..............
Dan bagi menutup tirai makan hari ini, kami telah mengunjungi Seafood Centre di East Coast Park dan menjamu selera makan malam di Restoran Jumbo. Menu malam ini termasuklah Ketam berkuah cili (chilli crab), Udang berkuah mentega, sayur kailan dengan garlic, scallop dibungkus dengan 'yam'............Tiada kata yang dapat mengungkapkan keenakan rasa makanan yang kami makan malam ini dan tiada gambaran yang dapat dilukiskan betapa indahnya suasana makan di tepi laut di pesisir timur (East Coast) pulau Singapura ini.
scallop with yam
chilli crab
khusyuk makan
.............bersih 'langis'
Inilah akibat terlalu gelojoh makan...................
Sekian buat laporan dari Puda buat hari ini. Jumpa lagi besok hari...........
Salam hormat - Puda














1 comment:
sedapnya makan 2....huhuhuhu
Post a Comment