I hope it is still not too late to wish all our Cikgus (sama ada bekas atau mantan cikgu, yang masih berkhidmat sebagai cikgu/pendidik dan yang akan memegang jawatan cikgu/pendidik di hari muka), SELAMAT HARI GURU and we are certainly thankful and grateful for your dedication, sacrifice and untiring efforts in shaping and moulding our young generation into useful and knowledgable citizens of today.
Di dalam keluarga Haji Awang Omar & Hajah Siti Aminah ini, memang terdapat beberapa ahlinya yang pernah, sedang dan akan menjawat jawatan guru/pendidik. Ini termasuklah Allahyarham Tua Laki/Nini Tua Dato Paduka Haji Mohd Hashim bin Haji Md Tahir, yang pernah dinobatkan oleh Negara Brunei Darussalam sebagai Tokoh Guru Tua dalam tahun 1996, Awang/Pa Wang Cikgu Haji Mohd Yusof bin Sidek, Angah Cikgu Hajah Hasmah binti Haji Omar, Pa Basai dan Bu Asai Cikgu Haji Abd Ghani bin Haji Omar dan Cikgu Hajah Maznah binti Haji Talip, Ka Inchan Cikgu Hajah Noor Ehsan binti Haji Noorkaseh, Ka Jah Hira Ustazah Hajah Noor Hira binti Haji Noor Kaseh dan Kaka Bibeh Cikgu Hajah Noor Arbieyah binti Haji Noorkaseh (mungkin ada lagi nama yang tertinggal, lupa Puda sebutkan). Kepada mereka ini Puda, dengan rasa hormat dan rendah hati tetapi cukup berbangga, ingin memberi tabik hormat dan salut yang setinggi-tingginya kepada mereka atas dedikasi, pengorbanan, jerit payah dan ketitihan serta kesabaran mereka mengajar, mendidik, membimbing, mengasuh dan membentuk tunas-tunas bangsa bagi mencapai matlamat menjadikan mereka warga yang berpengetahuan, berakhlak dan menjadi insan kamil yang mempunyai kesempurnaan dalam semua aspek kehidupan. Terima kasih Cikgu-Cikgu sekelian.................
Salam hormat dari muridmu yang kerdil - Puda
No comments:
Post a Comment