Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


SIAPA PATNO? SIAPA MD.NOH?

Pada tahun 1956 ketika Sekolah Melayu Lela Menchanai diujudkan, dalam bulan Jun tahun tersebut lahirlah lagi seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup Haji Omar dan Hajjah Siti Aminah.

Anak keenam ini belum mempunyai nama dan secara kebetulan pada masa tersebut ada seorang Pegawai Pelajaran British dari United Kingdom datang berkunjung ke Sekolah tersebut. Mat Salleh yang bernama Tuan PATNO itu rupanya telah mengilhamkan Haji Omar untuk memberi nama anaknya bersempena nama Pegawai tersebut.

Akan tetapi Haji Omar tidaklah sewenang-wenangnya menceduk bulat-bulat nama Mat Salleh itu. Malah nama yang berunsurkan Islam lebih di titik beratkan dengan mencantumkan dua nama Nabi besar iaitu Nabi Muhammad SAW dan Nabi Nuh Alaihi Salam. Maka anak lelaki ini pun diberi nama Mohd Noh Bin Awang Omar ( ketika itu Haji Omar belum menunaikan fardhu haji ). Berdasarkan kepada cantuman dua nama Nabi dan ber 'bin' kan nama sahabat Rasulullah iaitu Sayidina Omar Al-Khatab, lengkaplah nama anak beliau bercirikan Islam sebagai tuntutan di akhirat kelak. Demikianlah seperti yang di ristakan oleh Allahyarham Haji Omar ketika hayat beliau kepada saya.

Sekian,
Wassalam.

No comments:

Happening dates