Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


Mengulum Senyum Melayan Selera

Pagi tadi Puda rasa amat letih kerana Puda lewat tidur tadi malam. Jam meja berdering jam 5.30 subuh, tetapi oleh kerana keletihan, Puda masih lagi tidur nyenyak. Bila Puda dikejutkan oleh Auntie, jam sudah menunjukkan hampir jam 6.00 pagi. Puda bergegas bangun dan mandi pagi. Lima belas minit kemudian Puda sudah berada di rumah Jester, bersedia untuk ikut menumpang bersama Jester dan kaka Anih menuju ke airport.

Jam 6.35 pagi kami sudah berada di airport dan membuat urusan “check-in”. Selesai urusan tersebut, kami masih ada masa lebih kurang satu jam sebelum pesawat penerbangan kami dijangka berlepas menuju Singapura jam 8.00 pagi nanti. Kami sempat minum pagi di Airport Restaurant sambil menantikan masa untuk menuju ke Dewan Berlepas.


Sarapan pagi di Airport Restaurant

Pesawat RBA  penerbangan BI 421 berlepas dari Lapangan Terbang Berakas tepat jam 8.00 pagi dan kami sampai di Changi International Airport kira-kira jam 10.00 pagi. Puda dan Jester menaiki teksi menuju hotel kami di hotel “Park Royal on Kitchener Road”, sementara kaka Anih serta teman-teman sepejabatnya menaiki kenderaan lain menuju ke hotel mereka di Grand Plaza Park Hotel, Coleman Street. Puda dan Jester terpaksa menunggu di hotel lounge hampir dua jam sebelum bilik kami siap sedia untuk kami masuki.


Dua orang "food tourists" bergambar di depan hotel



Menunggu di lobi hotel

Jam sudah hampir menujukkan pukul 1.30 petang, baharulah kami dapat masuk ke kamar kami. Walaupun kami lama menunggu, kami amat bersyukur kerana kami memperolehi bilik yang amat selesa; rekabentuk kamarnya amat rapi dan kemas dan ianya sangat luas bagi dua orang penghuni. Terdapat dua buah katil berasingan - satu berukuran “king size” dan satu katil “single”. Lihatlah gambar-gambar di bawah ini yang menunjukkan betapa luas dan “smartnya” rekabentuk bilik di hotel ini.

Tidak lama kemudian, kaka Anih sampai di hotel kami untuk ikut serta Puda dan Jester makan tengah hari. Kami menaiki teksi menuju Food Centre di Adams Road. Menu makanan tengah hari ini ialah Nasi Lemak Selera Rasa dan Sup Kambing. Memang benarlah apa yang diceritakan oleh Jester dahulu bahawa Nasi Lemak Selera Rasa sangat enak rasanya, lebih-lebih lagi sambal pedasnya yang unik dan menyelerakan!! Kami bertiga sahaja telah langis menghabiskan LIMA piring nasi lemak tersebut.



Setelah makan tengah hari kami bergegas ke Geylang Serai untuk membeli rempah sup tulang pesanan Angah Hajah Hasmah dan seterusnya membeli serbuk teh tarik yang tidak mengandungi pewarna. Dari Geylang Serai, kami menaiki teksi lagi menuju ke Arab Street. Nak tahu apa yang kami beli di sini, lihatlah gambar-gambar di bawah ini........


Setelah itu kami berehat sebentar di hotel kediaman kaka Anih di Grand Plaza Park Hotel. Hotel ini berada bersebelahan dengan Funan Centre di North Bridge Road. Kami tidak melepaskan peluang menjenguk Funan Centre dan Puda sendiri sempat “menyimbat” sebuah web cam Logitech pesanan si Dani sementara Jester membeli sebuah external DVD driver pesanan Buday Mahyon. Kami minum petang di Ya Kun Kaya Toast Funan Center sebelum kembali berehat di Hotel kaka Anih. 



Kira-kira jam 8.00 malam, abang Reza pula sampai di sini dari  Brunei. Kami berempat pun keluar untuk makan malam ke Newton Food Centre di Newton Circus dan selepas makan malam baharulah Jester dan Puda kembali ke hotel kami di Kitchener Road. Demikian laporan Puda buat hari pertama lawatan “Jalan-Jalan Cari Makan” kami di Singapura ini. Hingga jumpa lagi dalam laporan Puda esok, salam hormat dari Singapura dari kami Puda, Jester, kaka Anih dan Abang Reza...............

 

No comments:

Happening dates