Selamat Datang!

A warm welcome to the family blog of Hj Awg Omar and Hjh Aminah.

This is a place to capture all the memorable family moments to be shared with all the family members, wherever they are.

It is also a place to reminisce the good ole days :-)

All members of the family are welcome to contribute stories and pictures to this blog (just leave your email on the tagboard).


NOSTALGIA RUMAH PUTIH

Memang benar apa yang diristakan bahawa sebuah rumah putih atau "WHITE HOUSE" terletak di kampung Lurong Sikuna "A"banyak membangkitkan nostalgia yang boleh kita kongsikan bersama di sini.Kalau White House di Amerika Syarikat banyak melakar sejarah Presiden-Presiden yang berkuasa di situ White House di Kampung Lurong Sikuna ini tidak kurang sejarah silamnya.

Rumah Putih ini ditadbir oleh Presiden Allahyarham Ninda Hj Tahir bin Awang Ahmad yang dilahirkan pada kira-kira tahun 1890 atau mungkin awal dari tahun itu. Beliau pernah menceritakan bahawa pakar yang membuat rumah putih ini selain dari beliau sendiri juga
ditangani oleh Allahyarham Awang Osman bin Abdul Hamid atau dikenali oleh katani sebagai
"ASAI" iaitu abang kepada Allahyarham Hj. Omar.

Penghuni yang mendiami rumah putih ini terdiri daripada Presiden , Naib Presiden Allahyarham Hj Omar dan keluarga , keluarga Haji Noorkaseh(Setiausaha Sulit Presiden) , keluarga Hj Mohd Yusof Sidek atau dikenali juga sebagai "DHI"iaitu Setiausaha Negara kepada Rumah Putih ini.

Tidak kurang pentingnya penghuni yang pernah mendiami Rumah Putih ini Allahyarhamah Dayang Tengah binti Abdul Hamid kakak kepada Hj Omar dan ibu kepada Hj Mohd Yusof. Wanita yang memainkan peranan kepada hal ehwal kekeluargaan atau perananya sebagai Women and Family Affairs Secretary.

Dikeluaran akan datang akan diristakan aktiviti harian yang dilakukan penghuni Rumah Putih
ini dalam meniti kehidupan seharian mereka...

Wassalam.

No comments:

Happening dates